4 jenis kulit muka yamg perlu anda tahu dan ciri - cirinya.
Tahukah anda, kulit muka kita ada 4 jenis?
Normal, berminyak, kering dan kombinasi.
Anda tahu yang mana satu jenis kulit anda?
Kena tahu ke?
Yesss...wajib tahu sebab ini lah basic penjagaan muka. Andaikata kulit muka anda jenis kering tapi anda pakai set skincare untuk kulit berminyak ini tidak akan menyelesaikan masalah anda.
Namun harus diingat, kita telah dilahirkan mengikut jenis kulit masing bergantung pada genetik. Kalau kulit kita jenis berminyak, kita TIDAK AKAN boleh hilangkan minyak tersebut sepenuhnya. Kita hanya boleh kawal sahaja, supaya kulit kita nampak lebih bersih, sihat dan glowing.
Mari kita tengok jenis-jenis kulit muka dan ciri-cirinya.
Kulit Normal
- Warna kulit serata
- Pori-pori kurang jelas kelihatan
- Kulit tidak berminyak dan tidak juga terlalu kering
- Kurang atau tiada bintik-bintik hitam dan putih
Kulit Berminyak
- Warna kulit kelihatan kusam dan lebih gelap
- Pori-pori jelas kelihatan
- Kulit rasa berminyak di keseluruhan muka
- Bintik-bintik hitam dan putih lebih banyak
Kulit Kering
- Kulit kelihatan tidak bermaya
- Pori-pori tidak jelas kelihatan
- Kulit muka terasa lebih kasar
- Kadangkala kulit terasa tegang dan menarik
- Garis halus lebih mudah kelihatan
- Kulit mudah terasa gatal
Kulit Kombinasi
- Kulit berminyak dikawasan dahi, hidung dan kadang kala bahagian dagu
- Kulit kering di bahagian pipi
Jadi secara asasnya 4 jenis kulit di atas ialah jenis kulit yang ada pada manusia atas muka bumi ni.
Kalau anda masih kurang pasti jenis kulit anda, tengok pada ciri-ciri mana yang lebih mendominasi keadaan muka anda.
Andai lebih pada ciri-ciri kulit berminyak walaupun ada ciri-ciri kulit kering, makanya kulit andda ialah kulit berminyak!
Semoga arikel ini dapat membantu anda.
Comments
Post a Comment